Sunday, October 11, 2009

Keajaiban Kuasa ALLAH... Jantung Janinku Sudah Mula Berdenyut

hari ini 7 oktober 2009. appointment untuk repeat scan baby. nak tahu tak siapa aku terserempak kat klinik kesihatan kangar? tak lain tak bukan, puan rohani seman, lect kh. masak aku dia tahu aku pregnant. takut2 de report kat admin.

tunggu punya tunggu punya tunggu, aku pun dapat jumpa doktor (Dr. Ayu). aku explained apa masalah aku n message doktor dari melaka aku sampaikan pada doktor haritu.

tanpa berlengah masa, Dr. Ayur arahkan aku naik ke katil. prosedur scan dimulakan. apa yang menerujakan aku, Dr. Ayu menunjukkan imej baby ku yang agak dan sangat kecil. dengan kuasa ALLAH, jantung baby ku sudah berdenyut. imej lip-lap2 kat monitor sudh membuktikan baby ku hidup dengan sempurna. Dr. Ayu mengesahkan kandunganku berusia 7 minggu 5 hari, selisih dua hari perkiraan doktor kat melaka.

Alhamdulillah... aku bersyukur sekurang-kurangnya aku mampu mengandung buat kali ketiga. apa yang perlu aku lakukan adalah menjaga kandunganku sebaik mungkin. siapa yang tak sayang anak...

Thursday, October 1, 2009

Alahan Buat Kali Pertama

hahaha... baru 3 hari disahkan mengandung, tapi makanan pertama yang aku alah adalah asam pedas. kesian ibu mertuaku masak sedap2, tapi aku tak leh nak makan. bau apatah lagi, jangan cakaplah.

yang kedua, aku mula menggemari masakan mamak jer. makanan pertama aku cari sudah tentu roti canai cicah kuah dhal. sedap memang sedap. selera makanku sudah mula menurun, tak leh nak mentekedarah macam dulu. makan pun dalam kuantiti yang terlalu sedikit. nasi jer separuh mangkuk, ayam goreng memang tak leh blah dah. sayur pun cuma makan ulam2 yang tak berangin dan sejuk jer, cicah dengan sambal belacan buat pembangkit selera.

jeruk2 dan asam2 tak yah ceritalah. dah mula jadi 'kawan baik' aku. kene ade sentiasa dalam beg. kalau tak, muntah tengah jalan jer. kang kecoh pulak di kalangan bebudak KPLI nanti tau yang aku ni mengandung.

Sunday, September 27, 2009

Kegembiraan Bakal Seorang Ibu

aku disahkan hamil pada 24 september 2009. tapi sayang, doktor masih tidak dapat mengenalpasti dimana kedudukan janinku. tapi aku yakin yang aku kini sudah berbadan dua. walaupun masih seorang pelajar KPLI di IPGM kampus perlis, aku cekalkan hati untuk membawa bayi ku ini sehingga selamat dilahirkan.

sudah semestinya hubby ku gembira kerana aku telah disahkan hamil. mana kan tidak, sudah dua kali aku keguguran. maka yang ini perlu aku jaga bagai menatang minyak yang penuh.

doktor meminta aku membuat temujanji di perlis untuk mengesahkan usia kandunganku. mengikut perkiraan doktor, usia kandungan sudah memasuki 6 minggu. namun aku masih gagah untuk menikmati sebarang juadah tanpa sebarang alahan.