Sunday, September 27, 2009

Kegembiraan Bakal Seorang Ibu

aku disahkan hamil pada 24 september 2009. tapi sayang, doktor masih tidak dapat mengenalpasti dimana kedudukan janinku. tapi aku yakin yang aku kini sudah berbadan dua. walaupun masih seorang pelajar KPLI di IPGM kampus perlis, aku cekalkan hati untuk membawa bayi ku ini sehingga selamat dilahirkan.

sudah semestinya hubby ku gembira kerana aku telah disahkan hamil. mana kan tidak, sudah dua kali aku keguguran. maka yang ini perlu aku jaga bagai menatang minyak yang penuh.

doktor meminta aku membuat temujanji di perlis untuk mengesahkan usia kandunganku. mengikut perkiraan doktor, usia kandungan sudah memasuki 6 minggu. namun aku masih gagah untuk menikmati sebarang juadah tanpa sebarang alahan.

No comments:

Post a Comment